Blogger Template by Blogcrowds

MAJLIS AGIHAN WANG EHSAN (PARAS AIR) BANJIR DAERAH KOTA TINGGI 2006/2007

Tarikh : 2 OGOS 2007 (KHAMIS)
Masa : 8.30 pg - 5.00 ptg
Tempat : Mengikut JPMM

* Wakil kepada penama tidak dibenarkan untuk menerima wang ehsan
* Satu Rumah satu bantuan SAHAJA

TINDAKAN UNDANG-UNDANG
Jika terdapat sebarang pemalsuan tuntutan bayaran wang ehsan dengan mengambil lebih dari satu kelayakan satu rumah satu bantuan. Tuan / Puan dikehendaki mengembalikan segera ke Pejabat Daerah Kota Tinggi. Untuk makluman sekiranya Tuan /Puan Gagal mengembalikan wang tersebut tindakan undang-undang boleh diambil ke atas Tuan / Puan

JPMM DUN PANTI :-

NAMA PUSAT PENGAGIHAN
KAWASAN TERLIBAT
Dewan Raya Kg Kelantan
Kg Panti
Kg Kelantan
Balai Raya Tmn Kemang
Tmn Kemang
Tmn Kuso
Balairaya Kg Lukut
Kg Bkt Lintang
Kg Bt 4
Kg Jawa
Kg Lukut
Sepak Hulu
Kg Linggiu
Kg Org Asli Pasir Asam
Semangar Dalam
Temenin Lama / Baru


JPMM DUN PASIR RAJA :-

NAMA PUSAT PENGAGIHAN
KAWASAN TERLIBAT
Sek Keb Tmn Kota Jaya (Tmn Kota Jaya)
Jln Binjai
Jln Remia
Jln Cermai
Jln Delima
Dewan Raya Tmn Kota Jaya
(Tmn Kota Jaya)
Jln Bacang
Jln Kundang
Jln Kuini
Jln Mempelam
Jln Pauh
Jln Manggis
Jln Mangga
Jln Duku
Jln Durian
Tadika Kemas Tmn Kota Jaya
(Tmn Kota Jaya)
Jln Belinjau
Jln Nangka
Jln Sukun
Jln Bidara
Balai Raya Tmn Kota Jaya
Tmn Kota Mas
Tmn Muhibbah
Jln Abd Aziz
Jln Workshop
Jln Tun Habab
Jln Lombong
Balai Raya Melati Putih
Bt 25
Tmn Merdesa
Tmn Melati Putih
Tmn Kota Besar
Tmn Sri Lalang
Balai Raya Kg Sg Telor
Kg Sg Telor
Kg Tai Hong
Kg Sri Jaya
Kg Rantau Panjang
Kg Makam Sayong
Kg Semangar Luar
Kg Sg Berangan

JPMM DUN JOHOR LAMA :-

NAMA PUSAT PENGAGIHAN
KAWASAN TERLIBAT
Balai Raya Kota Kecil
Tmn Gng Emas
Jln Lukut Cina
Tmn Aman
Jln Mohideen Kota Kecil
Tmn Mawai
Dewan Raya Kg Makam
Jln Mawai
Kg Makam
Tmn Mawai Jaya
Tmn Bendahara
Kg Makam
Pasak
Balai Raya Tembioh
Kg Tembioh
Tmn Desa Riang
Dewan Che Teng Khor
Kawasan Bandar
Dewan Kota Kecil
Tmn Ria
Tmn Medan Indah
Tmn Hidayat
Tmn Guru
Jln Mohamed Kota Kecil

JPMM DUN SEDILI :-

NAMA PUSAT PENGAGIHAN
KAWASAN TERLIBAT
Kompleks Penghulu Mukim Sedili Besar
Kawasan Dun Sedili

JPMM DUN TG SURAT / PENAWAR :-

NAMA PUSAT PENGAGIHAN
KAWASAN TERLIBAT
Kompleks Penghulu Mukim Pantai Timur
Kawasan Dun Penawar / Tg Surat


Ketika ramai mangsa banjir kali kedua, terutama di Johor, mula pulang ke rumah selepas air di kebanyakan kawasan semakin surut, semalam, kerajaan mengumumkan lagi bantuan tambahan bagi meringankan beban penduduk terbabit.

Bantuan itu termasuk bekalan makanan asas seperti beras, minyak, susu dan sardin selama sebulan serta keperluan membersihkan rumah meliputi baldi, penyapu dan mop.

Pengarah Direktorat Pengurusan Krisis dan Bencana Bahagian Keselamatan Negara (BKN), Che Moin Umar (gambar), yang dihubungi Berita Harian di Putrajaya, berkata bantuan makanan asas itu dibekalkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mangsa yang pulang ke rumah.

Sehingga petang semalam, kira-kira 15,000 mangsa banjir di seluruh Johor pulang ke rumah masing-masing dengan 100 pusat pemindahan ditutup. Bandar Kota Tinggi yang ditenggelami air sehingga lima meter sejak tiga hari lalu, juga beransur pulih.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang melawat beberapa pusat pemindahan banjir di Batu Pahat, Johor, pula mengarahkan agensi berkaitan mengurangkan kerenah birokrasi bagi mempercepatkan pengagihan bantuan untuk mangsa banjir.

Perdana Menteri berkata, borang bagi mendapatkan bantuan yang perlu diisi mangsa banjir, mesti dikurangkan dan dipermudahkan.

Sehingga 5 petang semalam, 75,394 mangsa banjir masih ditempatkan di 226 pusat pemindahan di Johor dengan Batu Pahat masih mencatat jumlah tertinggi, iaitu 45,994 orang diikuti Kota Tinggi (13,882); Segamat (4,593); Kluang (3,938); Mersing (3,010) dan Johor Bahru (834).

Abdullah yang turut meninjau kawasan banjir di Kota Tinggi, kelmarin, juga mahu pengagihan apa jua bentuk bantuan mesti diselaraskan supaya diterima mangsa terbabit.

Beliau berkata, mesyuarat Kabinet pagi semalam turut membincangkan masalah banjir di Johor serta Pahang dan keputusan dibuat bagi memastikan semua mangsa banjir diberi bantuan sewajarnya.

"Kita juga putuskan supaya semua bantuan yang diberi dilakukan dengan adil dan saksama," katanya.

Ketika berucap di SMK Penghulu Saat pula, Abdullah berkata, wang ihsan RM500 akan hanya diberi selepas mangsa kembali ke rumah bagi memastikan bantuan itu digunakan sebaik mungkin untuk membeli barangan keperluan masing-masing.

Abdullah turut mengakui masih terdapat bantuan yang belum sampai kepada mangsa banjir, tetapi beliau sudah memberitahu Abdul Ghani supaya mengambil tindakan segera bagi mempercepatkan pengagihan bantuan itu.

Sumber Maklumat : Berita Harian (18 Januari 2007)


Pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007 iaitu bermula dari 19 Disember 2006 sehingga 16 Januari 2007, Kota Tinggi telah dilanda banjir paling besar dalam sejarahnya. Banjir gelombang pertama pada 19 Disember telah menenggelamkan hampir keseluruhan bandar Kota Tinggi termasuklah bank, kedai-kedai dan kompleks membeli-belah. Namun banjir gelombang kedua bermula dari 11 Januari 2007 lebih dahsyat kerana menenggelamkan tempat yang tidak ditenggelamkan sebelumnya sehingga hampir menerjah masuk ke Hospital Daerah Kota Tinggi (HDKT). Ini terjadi berikutan angin monsun Timur Laut yang bertiup dari bulan Oktober hingga Mac menyebabkan hujan lebat telah melanda seluruh negeri Johor selama hampir seminggu sehingga air sungai tidak mampu lagi menampungnya. Hampir 12,000 orang dipindahkan ke Pusat-pusat pemindahan yang terpaksa dibuka dua kali kerana banjir telah melanda sebanyak dua kali. Pusat-pusat pemindahan juga ada yang turut dinaiki air menyebabkan mangsa-mangsa terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan lain. Banjir pada kali ini telah mencatatkan sejarahnya kerana air Sungai Johor telah naik sehingga 5.45 meter berbanding rekod tertinggi yang pernah dicatatkan sebelum ini iaitu 4.9 meter.

Newer Posts Home