Blogger Template by Blogcrowds

Penggunaan Teknologi yang canggih dalam apa jua bidang pekerjaan sentiasa ditunggu-tunggu oleh masyarakat yang perihatin tentang keperluan dan kepentingan teknologi. Usaha yang menyeluruh perlu digerakkan dari peringkat awal untuk membuat anjakan pradigma masyarakat terhadap penggunaan teknologi.

Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum matematik di sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap teknologi dari peringkat awal lagi. Sesuai dengan konsep Sekolah Bestari, kebanyakan sekolah mula dibekalkan dengan pelbagai teknologi untuk digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

Dalam pendidikan matematik , keupayaan komputer dan teknologi maklumat dapat membantu menyelesaikan banyak masalah pendidikan matematik. Penggunaan teknologi komputer juga dapat menaikkan minat pelajar terhadap matematik dan dapat mengubah persepsi pelajar bahawa matematik merupakan subjek yang susah, membosankan dan melibatkan pengiraan sahaja atau dalam perkataan lain menggunakan kertas dan pensil sahaja.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik menjadi lebih bermakna melalui komputer. Peralatan canggih ini bukan sahaja memudahkan penyampaian konsep matematik tetapi dapat membuktikan dengan jelas konjektur-konjektur yang timbul dalam tajuk-tajuk yang diajar.

Penggunaan komputer dalam pengajaran matematik dapat memperkembangkan dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Penggunaan komputer dalam pengajaran matematik bukan sahaja memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah ia boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik.

Dalam pendidikan matematik, komputer melibatkan beberapa penggunaan aplikasi seperti hamparan elektronik, multimedia, internet dan Geometer's Sketchpad (GSP). Geometer's Sketchpad, contohnya, digunakan untuk mengajar topik geometri. Melaluinya ,pelajar boleh meneroka pembelajaran matematik dengan lebih berkesan. Pelajar berminat untuk membuat penerokaan alam lain yang lain yang baru ditemui. Mereka akan memperolehi suasana pembelajaran yang baru dan maklumat serta informasi yang terkini. Di samping itu ia juga dapat menggalakkan mereka belajar secara berkumpulan dan menyemai semangat belajar yang agresif serta lebih berfikiran kritikal.

Selain menggunakan komputer, kalkulator Grafik juga merupakan salah satu agi bahan yang boleh diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran seperti yang hangat diperbincangkan di masa kini. Kalkulator harus digunakan bersama-sama dengan program pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Penggunaan kalkulator dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat memberi kebebasan kepada pelajar bermain dengan nombor yang lebih besar. Tanggapan yang menyatakan bahawa kalkulator menjadikan pelajar malas mengira harus ditolak kerana tanpa pengetahuan asas matematik pelajar tidak dapat menggunakan kalkulator dengan berkesan. Kalkulator sangat berguna untuk membantu pelajar meneroka cara matematik dan membuat kesimpulan.

"With graphing calculators and computer algebra systems, students can explore symbolic, numeric, and graphical representations of functions instead concentrating on the symbolic. Exposing students to multiple representations is important because, in addi tion to the pedagogical advantages of viewing a topic from multiple perspectives, functional models arising from situations encountered in other disciplines often arise in graphical or numeric form instead of symbolic form." (NCTM, 1989)

Dalam melaksanakan tugas pengajaran guru harus berusaha untuk meningkatkan kebekesanannya. Pengajaran yang berkesan menghasilkan pembelajaran yang diharapkan. Pembelajaran yang baik berlaku apabila pelajar melibatkan diri dengan seseorang itu biasanya akan lebih mengingati sesuatu hasil daripada perbuatan atau pengelamannya sendiri. Di sinilah pentingnya peranan teknologi dalam pendidikan matematik hari ini. Penyertaan aktif murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran membantu mereka belajar.

Untuk membolehkan pembelajaran berlaku dengan berkesan guru haruslah menyediakan atau memilih teknologi yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar. Disamping itu, teknologi juga haruslah selaras dengan aktiviti pembelajaran serta dapat mencapai objektif pengajaran.

Untuk membina persikataran yang sesuai untuk pengintegrasian, pendekatan pengajaran dan pembelajaran haruslah berpusatkan pelajar di mana guru berperanan sebagai fasilitator. Matlamat utama penggunaan teknologi adalah bukan untuk pelajar menggunakan teknologi semata-mata tetapi proses untuk melibatkan pelajar dalam pembelajaran yang lebih bermakna. Apabila seseorang guru belajar untuk menggunakan teknologi dalam bilik kelas, mereka akan menjadi model proses pembelajaran kepada pelajar. Dalam masa yang sama guru akan menimba sesuatu yang baru hasil daripada memerhatikan pelajar belajar. Pemindahan tugas sebagai seorang pendidik ("teaching role") dari guru kepada pelajar berlaku secara tak disedari apabila teknologi (penggunaan komputer contohnya) digunakan dalam kelas.

"As teacher learn to use technology, thier own learning has implication for the ways in which they assist student to learn more generally." ( McDonald and Naso , 1986).

"Soon nearly everyone in the United States who faces an arithmetic problem will be able to call on low-cost electronic calculator as an aid. For more elaborate calculator, remote communication with a computer will be almost as easy."

Walaupun banyak telah ditulis dan diperkatakan tentang penggunaan teknologi, namun pada hakikatnya tidak banyak yang dapat dilakukan oleh guru-guru. Salah satu sebab utama yang diberikan ialah kurangnya bekalan komputer dan perisian komputer yang sesuai untuk tujuan pengajaran ( Munirah Ghazali, 1995).Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, didapati kebanyakan sekolah yang mempunyai kemudahan komputer menggunakan komputer sebagai aktiviti kelab komputer atau sebagai aktiviti ko-kurikulum.Apa yang menarik ialah tiada satu sekolah pun yang menggunakan komputer dalam pengajaran matematik mereka. Salah satu sebab yang diberikan ialah ketiadaan pakej Program Berbantukan Komputer untuk matematik. Ini agak menyedihkan apabila dibandingkan dengan perkembangan yang berlaku dalam proses pengajaran pembelajaran matematik di negara-negara maju.

Dapatan kajian menunjukkan guru-guru mempunyai sikap dan fahaman yang positif mengenai penggunaan teknologi. Sikap yang demikian sepatutnya dipupuk dan akan memudahkan guru-guru menerima perubahan-perubahan yang berkaitan. Namum demikian, kekurangan perisian Program Berbantukan Komputer yang sesuai menghalang guru-guru dari menggunakan komputer dalam pengajaran walaupun mereka menyedari akan kelebihan-kelebihannya. Guru-guru seharusnya diberi pendedahan dan latihan yang sesuai untuk membolehkan mereka memanfaatkan komputer yang dibekalkan ke sekolah-sekolah. Pihak sekolah juga perlu memikirkan cara-cara yang berkesan untuk menggalakan guru-guru menggunakan komputer dalam pengajaran.

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home